{ rindu zina hati }
Assalamualaikum
"Ya Rabbul izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindu syahid di jalan-MU..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..."
Seringkali tidak dengar dari orang-orang sekeliling kita kata, " Kau
rindu dia? Jangan.. nanti jadi zina hati susah..berdosa.". Atau pon
paling tidak, " Kau ni angau teruk, asik ingat dia. Tak boleh, zina hati
tu." Kadang-kadang sampai kita terfikir, betul ke rindu tu zina hati?
Merindui seseorang yang ajnabi bagi kita. Salah ke rindu? rindu pada
rakan-rakan sekolah, rindu pada cikgu-cikgu, rindu seseorang yang
mungkin telah curi hati kita. Salah ke?
Rindu itu kan anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani pasti akan
rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau
kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Takut jadi zina hati? Kita
perlu faham apa yang dimaksudkan dengan zina hati ni. Zina hati ini
sebenarnya apabila kita teringatkan seseorang ajnabi sambil membayangkan
atau berniat untuk melakukan zina bersamanya. If setakat rindu itu
lumrah. Manusia kan ada perasaan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud :
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam
pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara
rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang
makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah,
sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa
yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”
Lalu Allah berfirman – ((Allah
Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi
jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan
berkata-kata perkara yang baik)).
Syed Qutb dalam tafsirnya berkata:
“Dan Allah telah mengharuskannya
kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada
asalnya, harus pada zatnya dan Islam itu tidak menghancurkan
kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri
kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb,
jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru
berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki
lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak
mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan
tetapi hanya berpada dengan berkata – ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).
Justeru apa yang dapat difahamai
daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan
tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan
dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman
Allah tersebut.
Oleh itu, melihat bukan mahram
bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong
“zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan
kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong
sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah
kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu juga halnya dalam masalah
mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati
ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai
“zina hati”.
Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan berzina sebagai memenuhi syahwat.
Apa yang paling penting di sini,
jagalah hati kita sebaiknya, berdoalah kepada Allah agar dapat menjaga
perasaan ini daripada bisikan syaitan. Allahualam :)
Comments
Post a Comment